Susuk adalah antara cabang ilmu sihir, apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam tubuh bagi menghasilkan sesuatu tujuan. Ia dipasang oleh dukun-dukun/bomoh yang mendalami bidang tersebut. Di antara tujuan susuk digunakan adalah seperti berikut:
- Menjadi cantik dan sentiasa dipandang berseri-seri serta awet muda.
- Menghasilkan kekuatan luar biasa dan kekebalan yang biasa digunakan oleh pengamal ilmupersilatan.
- Menjadi penunduk dan penggerun supaya orang lain menjadi hormat atau pun takut.
- Menguatkan tenaga seks atau pun menaikkan ghairah seks. Ia digunakan oleh pelacur-pelacur atau pun orang yang berminat dengan kehidupan seperti itu.
Susuk yang biasa digunakan adalah berbentuk jarum atau pun bahan tajam yang terdiri daripada unsur besi, perak, tembaga, suasa atau pun emas. Berlian juga biasa digunakan sebagai susuk kecantikan. Ketika susuk dimasukkan ke dalam tubuh, mantera-mantera dan ritual penyembahan serta penyeruan jin, syaitan dan iblis laknat terkutuk dilakukan oleh bomoh-bomoh susuk berkenaan. Terdapat juga bomoh yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, namun jelas susuk itu bertentangan dengan syariat Islam.
Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya. Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.
Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah s.w.t.
Bicara SiManis :
Masih ada di kalangan sahabat saya yang memakai susuk. Bila ditanya mengapa, alasan nya ialah untuk menambah keyakinan diri… (kerana tidak yakin pemberian Allah adelah yang terbaik)…
Sekadar renungan bersama.
Love!
~SiManis~





wan_cikgumuzik says:
susk tuhh dia cocok kat siniii… dia cocok kat sini… dia cocok kat siniii… kakakakakka… jangan cocok tang lain sudahhh…. woooo… wooooo…
wan_cikgumuzik recently posted..NAJWA LATIF DIPANGGIL GURU DISIPLIN SEKOLAH
EyqaLuvender says:
khayalan palsu?
owh patutla kalo org pkai susuk kte akan nmpk die cantik semacam je…
auc dot com says:
geng deme cikgu sekolah pun ada pakai susuk? huh
ada lagi yg percaya bende gini
auc dot com recently posted..Awas! Perangkap Valentine’s Day | Kenapa Mawar Merah?
remyhazza says:
tak elok pakai susuk tu……
percayalah pada diri sendiri…
pastu dilarang agama tau….
kay masingan says:
buat pa la pakai susuk segala ni..tak apa x cantik, yg penting baik budi bahasa n elok perangai, ok lah tu..
kay masingan recently posted..Keputusan Penuh Liga Super Perlawanan 11.02.2012
Ayie Abas says:
siapa jer laa yg malang itu…sampai pakai susuk dgn alasan mahu tambah keyakinan diri…sedihnya
Ayie Abas recently posted..Rambo & Major Alan "Dutch" Schaefer Sewad
org muo says:
tusuk susuk akhirnya tertusuk diri sndiri
org muo recently posted..Pelik Tetapi Benar : Payudara Gadis Ini Terus Membesar