Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

Ciri Ciri Wanita Digemari Lelaki

 

Adakah hanya dengan memiliki wajah dan bentuk badan yang menarik dapat memikat hati lelaki ? Berkemungkinan lelaki gemar untuk melihatnya tetapi ia belum pasti berjaya untuk memikat hati mereka. Setiap lelaki berlainan citarasa dan mahukan kelainan terhadap wanita idaman mereka. Jadi apakah kualiti utama yang sering membuatkan lelaki terpikat?

Confident (yakin)

 Lelaki amat sukakan wanita yang mempunyai keyakinan terhadap diri mereka sendiri. Wanita yang berkeyakinan biasanya bijak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Tetapi awas, jangan terlalu yakin kerana ia akan menjengkelkan lelaki.

Good sense of humor (mudah untuk berjenaka)

Tiada siapa menggemari seseorang yang berpersonaliti membosankan dan sentiasa serius. Lelaki mahukan seorang gadis yang boleh ketawa pada jenaka mereka. Mereka tidak mahu seseorang yang sentiasa negatif tentang segala-galanya. Gadis yang mudah untuk berjenaka biasanya akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memikat hati lelaki.

Berpenampilan menarik

Penampilan adalah faktor utama yang menarik perhatian lelaki. Mereka menggemari wanita yang sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri mereka.

Independent (tidak bergantung) 

Lelaki sukakan wanita yang mempunyai kehidupan mereka sendiri.  Ini kerana wanita yang mempunyai sikap terlalu bergantung biasanya akan menghalang lelaki daripada menikmati kehidupan mereka bersama rakan-rakan, keluarga atau sebagainya. Tetapi awas, dalam masa yang sama juga, lelaki amat suka apabila merasakan diri mereka diperlukan oleh wanita.

Memahami

Sebagaimana wanita suka untuk difahami, begitu juga lelaki. Mereka tidak sukakan wanita yang selalu mendesak. Selain itu, wanita yang sering memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan juga kebiasaannya akan memikat hati mereka.

Menghormati

Salah satu ego tertinggi lelaki adalah mengenai penghormatan terhadap diri mereka sendiri. Wanita yang bijak untuk menunjukkan penghormatan terhadap lelaki biasanya memikat hati mereka. Selain daripada itu, lelaki bukan sahaja suka untuk dihormati, malah mereka juga akan terpikat terhadap wanita yang pandai menjaga kehormatan diri mereka sendiri.

 

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: santai

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge