Apakah mati putik?…Mati putik dan mati pucuk adalah dua perkara yang sama. Bezanya, mati putik dialami oleh kaum wanita sementara istilah mati pucuk pula digunakan untuk lelaki. Kedua duanya amat di gerungi oleh kaum adam dan hawa kerana ianya boleh menggugat kebahagian pasangan yang telah berkahwin.
Mati putik selalunya melibatkan hubungan suami isteri di mana seorang isteri menjadi dingin untuk melakukan hubungan seks. Mereka akan mencari pelbagai helah dan mencipta pelbagai alasan bagi mengelak dari menunaikan permintaan suami. Mati putik ini berpunca dari gangguan urat saraf terutama selepas seseorang wanita itu melahirkan anak. Gangguan urat saraf di bahagian alat sulit membuatkan perjalanan darah tidak lancar dan urat nafsu juga menjadi lemah, tidak berupaya seterusnya tidak berfungsi dengan baik. Selain itu kepenatan dan keletihan membuat kerja rumah dan melayan kerenah anak anak juga boleh menyebabkan para isteri mengalami gejala mati putik dan hilang ghairah untuk melakukan seks bersama suami. Lain-lain faktor yang membantu mati putik adalah :-
- Isteri merasa malu kerana usia yang meningkat dan anak telah membesar.
- Merasa diri tidak memberangsangkan lagi.
- Bersikap malu dan jijik mengadakan seks dan menolak sama sekali kehendak dan keinginan suami yang inginkan keistimewaan dan kelainan .
- Masih seperti patung apabila melakukan seks dan tiada tindak balas dan keistimewaan.
Bagaimana untuk memulihkannya atau mengelakkan mati putik?
Sebagai seorang wanita dan isteri kita mesti tahu menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan sendiri. Jangan memandang remeh segala pesanan dan tips yang diberikan oleh orang-orang tua kita. Lebih-lebih lagi ketika dalam pantang selepas bersalin. Jamu atau ubat ubat traditional yang dibuat dari akar akar kayu dan rempah ratus telah terbukti dapat merawat segala permasaalahan kewanitaan antaranya seperti keputihan, faraj berair dan berbau, longgar dan kurang sensitif walau pun dirangsang.
Apa yang seharusnya dilakukan?
Selain dari penjagaan dalaman dengan mengamalkan jamu atau lain-lain, penjagaan luaran juga amat penting. Berurut, bertungku dan bertangas sangat-sangat digalakkan pada ibu-ibu yang baru bersalin namun ianya tidak terhad pada wanita yang dalam pantang sahaja. Sesiapa pun boleh mengamalkannya selepas haid atau dijadikan rutin.
Antara yang boleh diamalkan setiap kali datang haid iaitu pada hari ke 6 ialah rebus 3 atau 7 helai daun sirih, sedikit jintan hitam, garam dan 3 atau 7 keping asam gelugur hingga mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan letakkan dalam mangkok tandas. Duduk dan kangkang peha, sebelum itu elok ditutup bahagian punggung ke bawah dengan tuala besar yang agak tebal supaya wap air rebusan tadi terperangkap. Tarik nafas dan lakukan kemutan dalam kiraan 10 dan lepaskan nafas. Ulang hingga air rebusan itu menjadi suam. Selepas itu boleh lah diambil air itu sebagai air cebok bagi mencuci alat sulit anda. Ianya boleh diamalkan bila-bila masa sahaja. Daun inai juga boleh digunakan kalau mahu.





rozuan says:
ok.first tme dgr mati putik
rozuan recently posted..KEPUTUSAN PEMENANG SEGMEN ANDA BIJAK | UJI TAHAP GEOGRAFI ANDA
teacherbasariah says:
baru terbaca dalam paper hujung minggu lalu..macam tak sangka pompuan leh kena mati putik
teacherbasariah recently posted..Sangat..sangat..penat..