[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

4 TEKNIK LELAKI BILA MENIPU

 

Assalamualaikum.

Harini mood baik tetibe. Mari bercerita tentang LELAKI. Selain peminat fanatik BOLA, lelaki juga amat cenderung dengan sikapnya yang suka MENIPU. Sabarrrrrrrr… Saya tak kata SEMUA LELAKI SUKA MENIPU, cuma segelintir saje. Yang suka menipu pun selalu sebut “bohong sunat je”. Bohong pun ada sunat ada wajib eh??? Huh!

Tapi kaum perempuan tak perlu risau lagi. Sebab, sekarang kita dah ada cara untuk membaca bahasa tubuh si dia ketika menipu. Teknik bahasa tubuh yang akan kita bincangkan kali ni dilakukan oleh orang lelaki tanpa disedari. Semakin diorang cuba untuk cover, kelakuan-kelakuan ni akan menjadi semakin jelas! Mari baca 4 TEKNIK LELAKI BILA MENIPU… Kesian…hehehe…

1 –  Melihat ke arah atas kiri

Menurut pakar bahasa tubuh, Janine Driver, jika mata seorang lelaki memandang ke atas kanan ketika berbual, itu menandakan dia sedang cuba mengingat informasi dari memorinya. Tapi, bila matanya memandang ke atas kiri, ada kemungkinan si dia tengah mereka-reka jawapan. So, ada baiknya bila duduk berborak, kita duduk lah di sebelah kanan si dia.

2 –  Tiba tiba memasukkan tangan ke dalam poket

Bila seorang lelaki merasa selesa dan selamat, biasanya mereka akan membiarkan telapak tangan dalam posisi terbuka. Jadi, bila dia berbohong, secara automatik dia akan cuba menutup telapak tangannya.

3 –  Mengangkat salah satu atau kedua dua belah bahu

Ini pun salah satu tanda yang sangat jelas pada seorang lelaki yang sedang berbohong. Biasanya, dia akan melakukan hal ini ketika mengucapkan suatu penipuan.

4 –  Menggosok gosok hidung

Biasanya yang ini dilakukan oleh lelaki yang tak biasa berbohong. Dia akan merasa stress ketika menipu, menyebabkan aliran darah ke hidung meningkat dan hidung menjadi gatal.

Errr…macam biasa jumpa je semua ni??? hehehe…

Love!

~SiManis~

Sumber : Cosmopolitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: informasi
  • Cereal Guy says:

    First maybe betul. Tapi yang seterusnya, aku kurang setuju sebab aku memang suka tiba tiba masukkan tangan dalam poket. Awek aku ada tegur. Tapi dah kebiasaan, nampak style kan tangan lelaki dalam poket. Ketiga tu, tak setuju sebab aku tak angkat pun memang dah bahu kanan aku lagi tinggi. Aku cacat tulang belakang. Tualang belakang bengkok. Dan terakhir, menggosok hidung itu hobi aku. Bukan gosok jaa, tarik bulu hidung pun hobi gak. Korek hidung jaa kurang hobi.

    Satu perempat. So, aku tak setuju bukan sebab aku penipu. Sebabnya adalah kerana aku dalam kategori minoriti. Hahahahaha.
    Cereal Guy recently posted..Mum Says We Have To Eat

    April 24, 2012 at 1:10 pm
  • teacherbasariah says:

    hehe..menarik betoi..pasni tgk tip pompuan lak bila menipu..haha
    teacherbasariah recently posted..Kenapa takleh cek slip gaji ni?

    April 24, 2012 at 1:19 pm
  • uncle says:

    tips yang baik..tapi part gosok idung tu..mmg tabiat uncle..cmner eh?
    uncle recently posted..Gaji dah naik..uncle tak jadi nak turun

    April 24, 2012 at 2:20 pm

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge