[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

KEPENTINGAN BULU BULU DI BADAN KITA

Assalamualaikum.

Semalam saya tulis tentang  Fungsi Bulu Ketiak.  Lepastu, hari ni saya terfikir apa fungsi bulu bulu lain yang ada di badan kita. Siapa tahu fungsi bulu bulu lain yang ada di badan kita ni eh???

Normal kepada setiap manusia yang ditumbuhi bulu pada bahagian tertentu. Setiap yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Mari kita lihat manfaat bulu-bulu yang ada di badan kita.

Bagi manusia, rambut adalah mahkota kepada mereka. Jika style yang dipadankan tidak kena dengan wajah, kita akan kelihatan hodoh. Tetapi perkara yang paling penting mengenai rambut ialah dapat melindungi kepala kita dari sinaran ultraungu daripada matahari dan memanaskan kepala kita ketika sejuk.

Fungsi bulu mata selain kecantikan adalah untuk menahan peluh ataupun hujan daripada dahi memasuki mata. Bulu mata juga memperdalamkan karakter wajah anda.

Bulu hidung yang ada di dalam hidung berfungsi sebagai penapis. Debu, bakteria dan lain lain lagi benda yang halus yang disedut oleh hidung kita akan ditapis oleh bulu hidung. Bulu hidung juga meningkat kelembapan udara sewaktu kita bernafas.

Fungsi misai, janggut, bulu dada, bulu perut adalah menunjukkan bahawa seseorang lelaki itu sudah mencapai akil baligh dan dewasa. Selain itu ia adalah salah satu perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

 

Fungsi bulu ketiak adalah bertindak sebagai anti geseran, iaitu ia dapat mengurangkan geseran dibawah lengan kita. Selain itu, bulu ketiak juga mengusir kelembapan dari kulit dan membantu kulit kita supaya lebih kering untuk mencegah bakteria yang mengeluarkan bau..

Anda bayangkan jika anda berjalan di semak samun jika ketiadaan bulu kaki dan tangan. Mesti tangan anda akan merasa lebih gatal dan mudah terkena bakteria. Oleh itu, fungsi bulu tangan dan kaki adalah sebagai pelindung kaki dan tangan anda.

 

Pelbagai spekulasi telah dibuat berkaitan bulu pubis ini. Antaranya, bulu pubis memberi kehangatan kepada alat kelamin untuk kematangan seksual. Selain itu ia mengelakkan geresan luar ketika hubungan melakukan hubungan seks. Kawasan yang ditumbuhi bulu pubis ini adalah kawasan sensitif. Oleh itu ia menjadi pelindung bagi kawasan ini.

Mungkin banyak lagi fungsi-fungsi bulu pada badan kita ni. Ini hanya sebahagian daripadanya. Saya hanya ingin berkongsi. Seperti contoh janggut, ada kajian menunjukkan bahawa ianya juga meningkatkan penghasilan hormon estrogen lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat.

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: education, santai

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge