[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

3 CARA MUDAH UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN

 

 

Adakah anda berada di dalam situasi ini? Jangan risau kerana anda sebenarnya tidak sendirian. Setelah menjalinkan sesuatu hubungan dalam satu jangka masa yang lama, tidak dapat dinafikan perasaan pasangan akan lebih sensitif, mudah untuk merajuk, terasa hati walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah terlalu besar dan sebagainya. Ia adalah satu perkara normal untuk hubungan yang telah terjalin sekian lama. Ianya tidaklah merupakan satu masalah yang besar, hanya anda sahaja perlu kreatif untuk menhidupkan semula perasaan kasih sayang pasangan. Ini adalah 3 CARA MUDAH UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN

 

Berikan sesuatu hadiah yang unik

Nilai untuk sesuatu hadiah itu sebenarnya adalah tidak penting. Apa yang lebih penting untuk pasangan anda adalah keikhlasan untuk memberikan hadiah itu. Ini merupakan cara asas untuk anda memikat semula hati pasangan anda. Ini tidak bermakna anda membeli hubungan anda dengan nilai materialistik, tetapi sebaliknya menunjukkan penghargaan terhadap kehadiran mereka di dalam kehidupan anda. Penghargaan yang ditunjukkan mungkin mampu untuk memujuk semula pasangan. Tetapi awas, pemberian yang ikhlas atau tidak mampu untuk dikesan. Berikan sahaja hadiah mengikut kemampuan masing-masing dan lebih penting tunjukkan keikhlasan dan kujujuran anda.

Luahkan perkataan ‘saya sayangkan awak’

Dengan hanya luahan kata-kata romantik juga mampu untuk memulihkan sesuatu hubungan itu. Untuk suatu hubungan yang terjalin setelah sekian lama tambahan pula terhadap pasangan yang sudah mempunyai anak, mungkin kata-kata romantik ini amat sukar untuk diluahkan. Luahkan semula kata-kata romantik yang pernah digunakan untuk memikat hati pasangan dahulu. Imbau kembali kenangan indah yang telah dilalui bersama. Ini adalah kerana kata-kata adalah senjata utama untuk menembusi hati seseorang. Kerana dengan kata-kata sahaja mampu untuk menghancurkan atau membahagiakan hati pasangan. Mungkin dengan luahan kata-kata romantik serba sedikit dapat membantu anda untuk memulihkan semula hubungan.

Keluar bersama semula

Untuk pasangan yang telah berkahwin, mungkin perkara ini agak sukar dilakukan kerana komitmen masing-masing terhadap pekerjaan dan anak-anak. Tetapi ia seharusnya tidak menjadi alasan yang menjadi penghalang untuk anda meluangkan masa bersama. Sekiranya anda bijak untuk menyusun masa yang ada, pasti faktor ini tidak memberikan masalah yang besar kepada anda. Ini adalah amat penting untuk memulihkan hubungan, jauhkan diri sebentar dari persekitaran yang mampu untuk mengingatkan anda mengenai masalah yang sedang dihadapi. Cuba pergi ke tempat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada anda. Pertimbangan ketika fikiran tenang adalah lebih baik berbanding pemikiran yang sedang dipengaruhi oleh emosi.

Selamat memulihkan hubungan dengan insan tersayang…hehehee…

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: informasi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge