Rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang anda makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang anda minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 MINUMAN YANG MEMBANTU KURANGKAN BERAT BADAN.
Air masak
Pasti ramai dikalangan anda sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda. Sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan mungkin juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambah banyak kalori.
Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang anda perlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Ianya juga dapat membuatkan anda berasa kenyang untuk lebih lama.
Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu anda untuk menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi anda perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk anda merasai kesannya.
Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.






noriman says:
ni ade lagi satu minuman yang da berjaya tolong ramai orang untuk turun berat badan hehe
http://herbalchanginglife.com
noriman recently posted..Bagaimana beli Herbalife secara online
remyhazza says:
bagus tip nie…. thanks for sharing!
remyhazza recently posted..MH media sampling with The Edge
akakcomey says:
Betul tu,akak ada kopi tak manis tak apa…masih boleh hidup hahaa
akakcomey recently posted..Sore di Hanoi
Terbelog says:
jus sayur mcm mane syg
Terbelog recently posted..Pelajar Tendang Polis Dibebaskan