[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

10 SEBAB UTAMA LELAKI CURANG

 

10 SEBAB UTAMA LELAKI CURANG

 

1) Sebab ada pilihan
Lelaki yang telah berkahwin biasanya jarang punya kesempatan berkawan bebas dengan wanita seperti ketika bujang. Oleh itu, bila saja ada kesempatan atau pilihan, lelaki biasanya tak akan melepaskannya.

2) Perasaan yang terasa berasingan
Kebiasaannya baru-baru bersama, perasaan saling memerlukan masih kuat, namun bila usia perkahwinan menjangkau ke waktu yang agak lama selalunya akan timbul perasaan bosan. Apatah lagi jika semakin lama dirasakan pasangan sukar memahami dirinya, maka lelaki biasanya mudah tertarik dengan wanita lain yang mungkin dirasakan lebih memahami.

3) Meningkatkan sifat ego
Sifat ego yang ada pada diri lelaki sendiri kadangkala membuatkan lelaki ingin membuktikan kepada diri mereka sendiri, sejauhmana kehebatan atau pun kekuatan seks mereka.

4) Pasangan banyak kerenah
Lelaki akan merasa jemu dan bosan bila pasangan selalu membebel, membantah apa yang dicakap atau dilakukannya. Jalan lelaki untuk keluar dari keadaan yang begini dengan mencari dan meluangkan masa dengan wanita lain yang dapat menerima segala cakap dan apa yang dilakukannya.

5) Hubungan seks yang dingin
Sampai pada satu tahap, terutama bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama, lelaki akan merasa bahawa pasangan agak dingin dalam hubungan seks. Kadangkala lelaki tidak dapat melakukan seks seperti yang diinginkan, lalu akan mencari wanita lain yang boleh memenuhi keinginannya.

6) Mahu membuktikan samada mereka boleh lepas dari kecurangan yang dilakukan
Kebanyakan lelaki berpendapat, ‘apa yang tidak diketahui wanita tidak akan melukakan hatinya’.

7) Lelaki dengan sengajanya mengikut kata hati

Mereka boleh menipu pasangan mereka tanpa diketahui. Sikap yang begini timbul dari rasa ego bahawa mereka boleh mendapatkan bukan sahaja satu, tetapi ingin memiliki seramai mungkin wanita.

8)  Mencuba yang baru, berbeza dan mencabar
Ada sesetengah lelaki ada berkata, ‘hari-hari makan nasi…sekali-sekala nak juga makan steak’. Kebiasaan naluri lelaki, yang baru, yang berbeza dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan untuk dikejar, dipikat dan dimiliki.

9) Balas dendam
Jika pasangan mereka ada melakukan sebarang kesilapan yang menyakitkan, lelaki biasanya akan mencari jalan dan peluang untuk membalas balik.

10) Wanita sendiri yang secara tak sedar membenarkan
Jika lelaki pernah melakukan kesalahan tetapi dimaafkan oleh pasangan, mereka selalunya akan cenderung melakukannya lagi. Ini kerana mereka tahu yang mereka pasti akan dilepaskan seperti sebelumnya.

Selain dari 10 sebab diatas, semestinya ada banyak lagi sebab-sebab lelaki berlaku curang. Ternyata ia sebenarnya sesuatu yang agak kompleks. Namun, walau apapun, kecurangan itu sikap yang pasti cepat atau lambat akan menghancurkan sesebuah ikatan perkahwinan. Sama-samalah kita semua renung-renungkan.

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: informasi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge