[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

53 TIPS SUAMI DISAYANGI ISTERI

 

53 TIPS SUAMI DISAYANGI ISTERI

 

1. Berhiaslah untuk isteri anda sebagaimana anda senang apabila ia berhias
untuk anda.
2. Merayu isteri, bermesra dan bercanda dengannya.
3. Gauli isteri dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.
4. Penuhi keinginannya untuk berbicara dan berbual-bual.
5. Panggillah isteri dengan nama atau gelaran kesukaannya.
6. Jauhilah sikap emosional dan panas baran.
7. Buatlah isteri anda rasa aman dan tenang.
8. Membuatnya gembira dengan pemberian yang mengejutkan.
9. Tiapkali pulang dari kerja atau urusan luar, masuklah ke dalam rumah dengan wajah berseri-seri dan senyum.
10. Berlemah-lembutlah ketika berbicara atau menasihati isteri.
11. Bicarakanlah sesuatu yang menyenangkannya dan tidak membuat dia merasa susah hati.
12. Pujilah isteri di hadapan keluarga anda dan keluarganya.
13. Menghargai tiap penampilannya.
14. Berikanlah hadiah romantik seperti bunga atau selainnya sebagai
pengukuh ikatan cinta diantara anda berdua.
15. Hilangkanlah kebosanan rutin hidup sehari-hari dengan bersenang-senang bersamanya, melakukan aktiviti bersama
atau lain-lainnya.
16. Terimalah kekurangan-kekurangannya kerana tidak ada manusia yang
sempurna.
17. Jagalah diri dari perkara-perkara remeh yang dapat bertumpuk menjadi
masalah besar.
18. Bantulah isteri anda dalam urusan-urusan rumah tangga.
19. Jangan suka memendam perasaan atau berahsia dengan isteri anda. Ekspresikan perasaan anda kepadanya
dengan kelembutan dan kejujuran.
20. Hargai pendapat, pandangan dan buah pemikirannya.
21. Selalulah berbaik sangka kepada dirinya.
22. Bangkitkanlah perasaannya bahawa dia adalah wanita yang ideal bagi anda.
23. Bantulah dia meningkatkan kemampuannya dalam apa jua yang dilakukan samada pekerjaan atau hobinya.
24. Jagalah perasaannya terutama ketika haidh dan hamil.
25. Bantulah dirinya di dalam menguruskan anak-anak.
26. Hormati keluarganya, berbuat baik kepada mereka dan tidak melarangnya
untuk mengunjungi keluarganya.
27. Makan bersama di rumah atau tempat lain yang tenang dan aman dari
fitnah manusia.
28. Berikan pujian dan sanjungan kepada dirinya.
29. Jagalah rahsianya atau keburukannya jika ada dan janganlah menyebarkannya.
30. Jagalah hak-haknya sebagai seorang isteri dan janganlah sesekali mengabaikannya.
31. Berlaku adillah kepada dirinya.
32. Perlakukanlah dirinya dengan baik dan lemah lembut.
33. Bersikaplah realistik dan jadikanlah dirinya sebagai isteri yang terbaik bagi
anda.
34. Bekerjasama dengannya di dalam mengerjakan amalan dan ketaatan kepada Allah S.W.T.
35. Janganlah anda terlalu sering meninggalkan dirinya dan rumah.
36. Tiap perkara dan hal yang lalu biarlah berlalu dan jangan suka mengungkit-ungkit kesalahannya.
37. Jangan memberikan peluang kepada orang lain untuk mencampuri urusan
rumah tangga anda.
38. Jauhi motivasi atau cakap-cakap yang buruk yang boleh meruntuhkan rumahtangga anda.
39. Jagalah kesihatannya secara intensif.
40. Bawalah isteri anda bersama ke dalam setiap kegembiraan dan kebahagiaan anda.
41. Jangan lupa menelefon atau sms kepadanya apabila anda terpaksa berada jauh darinya.
42. Jelas dan tidak tergesa-gesa apabila anda meminta sesuatu padanya
sehingga dia faham dan tidak bingung dengan apa yang anda inginkan.
43. Maklumilah kecemburuannya dan maafkanlah.
44. Bantulah dirinya di dalam menghadapi persoalan-persoalan yang
menyusahkan dan membosankan.
45. Ikutilah petunjuk Islam ketika isteri anda berpaling.
46. Jangan menganggap diri anda selalu benar.
47. Mengikuti petunjuk Islam ketika melakukan hubungan intim.
48. Jangan sekali-kali mendatangi isteri dari dubur atau tatkala haidh.
49. Menjaganya dari pandangan-pandangan jahat manusia.
50. Memberinya anggaran khusus selain belanja hidup sehari-hari.
51. Nikmatilah nikmatnya lupa terutama yang berkaitan dengan musibah-musibah
yang menyedihkan, kesalahan-kesalahan dan perilaku isteri di masa
lalu.
52. Janganlah anda menunggu-nunggu mukjizat, kerana isteri anda adalah unik
dengan karakternya dan janganlah anda memaksanya berubah sekehendak
anda. Terimalah dirinya apa adanya, tutuplah mata dari kelemahan-kelemahannya
dan bukalah mata dari kelebihan-kelebihannya.
53. Sentiasa redha dan rela menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami walaupun disaat anda merasakan kesulitan-kesulitannya.

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: santai, sayang

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge