[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

KENALI BAHASA TUBUH LELAKI

 

KENALI BAHASA TUBUH LELAKI

 

Dia memiliki tatapan mata yang baik
Dengan melihat tatapan mata si dia merupakan salah satu cara paling mudah untuk menilai samada dia tertarik pada anda atau tidak. Jika matanya menunjukkan keramahan, mesra dan menggambarkan ketulusan, ertinya si dia merasa senang bersama anda dan anda dapat bergaul selesa dengannya.

Dia berdiri dengan kakinya agak terpisah
Berdiri dengan meletakkan kaki sedikit terpisah membuatkan lelaki merasakan diri mereka lebih hebat, yakin dan menarik. Jadi,bila si dia berdiri dengan kaki yang agak terpisah di depan anda, bererti si dia sedang cuba menarik perhatian anda.

Dia menyisir rambutnya dengan jari
Bukan wanita sahaja yang menggunakan gerakan bermain-main, memintal atau menyisir rambut untuk menyatakan sesuatu kepada lawan bicaranya. Bila si dia menyisir rambutnya menggunakan jari-jarinya terutama hujung rambut di belakang telinga, itu tandanya si dia tertarik pada anda.

Dia senyum lebar
Jika si dia tersenyum lebar pada anda, malah hingga menunjukkan garis tawa,
ertinya dia memiliki ketertarikan pada anda dan merasa gembira anda ada disisinya.

Dia menyentuh lembut wajah, pipi atau bibirnya
Kadang-kadang lelaki seringkali melakukan gerakan ini untuk menunjukkan daya tarik mereka di depan wanita. Sebahagian lelaki mengertikannya sebagai cara yang seksi untuk membayangkan betapa hebatnya dia saat mencium bibir anda. Jika si dia melakukan hal ini ketika berbicara dengan anda, ternyata si dia mahu anda mengerti hasrat hatinya terhadap anda.

Dia mendekat ke arah anda dan cuba agar dapat bersentuhan
Kita semua tentunya memiliki jarak peribadi bila dekat dengan orang lain. Namun, seringkali hal ini diabaikan saat kita berdekatan dengan orang yang kita suka. Jadi,jika ketika bersama anda dan berbual-bual, si dia berusaha mendekat ke arah anda, ingin berada serapat mungkin, ertinya dia ingin menunjukkan keprihatinan dan perhatiannya terhadap apa yang anda katakan.

Dia menyentuh anda
Seorang lelaki yang menyukai seseorang wanita akan cuba menyentuh lengan atau bahu wanita untuk menunjukkan hasrat dan keinginannya. Dalam waktu sama, dia cuba menguji untuk melihat tindak balas anda. Jika si dia menyentuh bahu anda, cubalah berikan balasan dengan menyentuh pinggang atau bahunya. Anda juga boleh mencuba memegang tangan atau menyentuh sikunya untuk
mengetahui tindak balas sebaliknya dari si dia.

Dia menggulung/melipat lengan kemeja atau membuka butang kemejanya
Bila ini dilakukan olehnya, bererti dia memang merasakan aman, senang dan selesa dengan anda, atau pun si dia ingin menggambarkan bahawa dia berusaha meluangkan sebanyak mungkin waktu untuk berada bersama-sama anda.

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: santai

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge