[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

RESEPI KEK GULA HANGUS KUKUS

 

 

RESEPI KEK GULA HANGUS KUKUS

Assalamualaikum… Selepas 10 tahun tak buat kek gula hangus. Malam tadi jam 11, tiba tiba terasa nak makan kek ni sendiri bikin… Mari kita lihat resepi nya yang mudah dan ringkas ya…

Bahan bahan nya :

1  cawan gula pasir

1  cawan air panas

2  sudu besar butter

1  cawan susu pekat manis

1  cawan tepung gandum

2  sudu teh sodium bicarbonate

4  biji telur

1/2  sudu teh esen vanila

Cara cara nya :

1 –  Hanguskan gula dengan api sederhana

2 –  Dah perang, gula hancur masukkan air panas

3 –  Masukkan butter dan biarkan larut

4 –  Tutup api dan ketepikan

5 –  Pukul telur dengan whisk tak perlu sampai gebu

*sebab saya malas nak keluarkan mixer

6 –  Masukkan susu pekat, whisk again

7 –  Ayak tepung dengan sodium, masukkan dalam adunan

8 –  Masukkan gula perang cair tadi, whisk lagi

9 –  Masukkan esen

10 –  Peram 3 jam dalam peti sejuk

11 –  Masukkan dalam loyang dan kukus 45 minit api sederhana

Sebenarnya, resepi ini asalnya perlu dibakar dengan suhu 170 darjah selama satu jam.  Saya telah melakukan sedikit penderhakaan di sini kerana saya fobia apabila membakar kek, kerap kali nya kek saya keraknya tebal… Rugi kan? Jadi saya kukus untuk keselamatan yang lebih terjamin dan lebih moist!

Selamat mencuba kawan kawan!

Love!

SiManis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: resepi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge