[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

RESEPI KUIH LAPIS COKLAT

 

 

Assalamualaikum…

Sorry for not updating frequently nowadays. I was kinda busy PLUS lazy lately…haha… Today, I am on my 2nd day of diet… I eat only protein such as white eggs and fish since yesterday… I could feel the difference already… Tak rasa lapar dan badan rasa ringan… I think I fall in love with this kind of diet…hehe… But I still cook like usual for the family… It’s just that I dont take carbohydrate, not even a single grain of rice okkk…

Wahhh…penat weh cakap omputih…belagak gila rasa…ekekkeke…Marilah kita guna bahasa kebangsaan… Harini saya bikin sup ikan dan terung goreng butter dan cilipadi… Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan resepi nya… Lain kali okeh! Harini RESEPI KUIH LAPIS COKLAT dulu…

Sebenarnya, saya nak try kuih lapis kacang merah. Tapi disebabkan hujan lebat, langit gelap gelita, malasssss gila nak ke bandar cari paste kacang merah. Malas nak tukar baju, malas nak siapkan kanak kanak, malas nak keluarkan payung, malas basah kaki, malas dan malasssss…ekekekke… So, takde la lapis kacang merah ya tuan tuan dan puan puan…hoho…

KUIH LAPIS COKLAT

Bahan bahan nya :

2  cawan tepung gandum

4 1/2  cawan santan (saya beli santan 3rm dan campur air)

3  sudu besar tepung beras

1  cawan gula

Secubit garam

2  sudu besar serbuk koko

1/2  sudu besar pewarna kuning

Cara cara nya :

Masukkan semua bahan (kecuali serbuk koko dan pewarna kuning) ke dalam mangkuk dan bedal dengan whisk selama 5 minit atau sampai gula hancur.

Lepas tu sila tapiskan adunan tu semua. Tujuan nya untuk menapis segala ketulan tepung yang tak sebati tu.

Bahagi kan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tuang pewarna kuning tu. Satu bahagian lagi tu ambik sesenduk taruk dalam mangkuk lain dan gaulkan dengan serbuk koko. Kemudian, adunan berserbuk koko tu ditapis sekali lagi dan terus dituang dalam adunan kedua tu.  Kacau sebati adunan warna kuning dan adunan coklat. Paham?? Tak paham kalu, sila baca ulang ulang 100x…ekekkek…

Panaskan periuk kukus. Biarkan air mendidih dengan api sederhana. Ambik loyang dan leserkan minyak masak. Bila air mendidih, masukkan loyang 2 minit dalam pengukus.

Kemudian, masukkan 2 senduk adunan coklat ke dalam loyang dan tutup periuk. Biarkan dia masak dalam 6-7 minit. Lepas tu, buka penutup periuk, lapkan air di penutup tu. Masukkan pulak 2 senduk adunan warna kuning. Buat ulang ulang ulang dan ulanggg sampai adunan habis…hehehe…

Oh ya, saya tak tahu apa saiz loyang saya. 7 inci ke 8 inci eh??? Korang agak agak la ya. Saya pun bukan pandai sangat bab loyang ni… Dah masak semua tu, sila sejukkan kuih yang jelita tu dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dia haruslah betul betul sejuk barulah dipotong…

Ini lah akibatnya bila tak bersabar sabar nak baham kuih baru masak… Tak berapa nak jelita dipotong panas panas okkk…

Happy trying, people!

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: food, resepi
  • remyhazza says:

    nampak cam sedap…….

    November 15, 2012 at 6:14 pm

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge