[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

RESEPI SARDINE PUFFS

 

 

Assalamualaikum.

Dah dekat 3 minggu tak menulis. Apalah nak jadi ya haha…dah semakin malas rasa nya. Tapi masih sayangkan blog ni. Mungkin esok lusa Tuhan akan datangkan angin rajin untuk saya hehe…

SARDINE PUFFS

Sardine Puffs ini saya buat malam semalam. Asal malam makin larut je, tekak saya nak makan macam macam. Kebetulan, dalam peti sejuk ada bahan bahan dan sardine. Apa lagi…terus bikin…

Untuk sardine puffs ni, saya tak gunakan puffs pastry. Dalam peti sejuk hanya ada plain pratha jenama KAWAN. Jadi, sekeping pratha tu saya potong 4 bahagian.

Bahan bahan inti :

1 tin kecil sardine

bawang besar 1 labu – didadu

bawang putih 3 ulas – dicincang halus

asam keping – 1 keping

1/2 ketul pati ayam Knorr

*semua ni ditumis tanpa dicampur air dan dihancurkan.

Ambik satu bahagian pratha, masukkan inti sardine ditengah tengah dan cantumkan semua bucu nya. Masukkan dalam loyang dan tekan setiap bucu nya dengan garfu. Lepas tu, sapukan kuning telur di atas nya.

Saya preheat oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit. Kemudian saya bakar puffs ni selama 10 minit dan keluarkan sekejap untuk disapu dengan kuning telur untuk kali ke dua. Lepas tu masukkan balik ke dalam oven selama 10 minit lagi. Kalau malas atau tak suka telur banyak, boleh terus bakar pada suhu 180 selama 20 minit.

Selamat Mencuba ya…

Love!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: resepi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge