[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

RESEPI KETAM TELUR MASIN

 

 

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha untuk semua kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana berada, balik kampung atau tak dapat cuti, didoakan segala nya diberkati Allah sepanjang masa hendaknya hehehe…

Haritu saya try resepi daripada blog Kak Ita Masam Manis.

993708_464305623685799_625435049_n

Ini la ketam yang dah arwah haritu… ekekkeke…

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk (saya tak bubuh)
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus (saya tak mayang. campak je selai selai idup idup gitu)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Caranya :

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

Terima kasih Kak Ita Masam Manis.

Resepi ni boleh dimakan kunyah kunyah oleh pendiet pendiet Atkins ya. Low carbs. 0g carbs. Selamat mencuba dan Selamat kurus ya!

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Category: atkins, food, kurus
  • tebu manis says:

    Nanti leh try
    ketam is my paveret
    tebu manis recently posted..6 Perkataan yang ALLAH sembunyikan

    October 15, 2013 at 5:57 pm
  • logorithm says:

    Nyum nyum! Tak pernah pulak merasa ketam telur masin. Tapi kalau udang telur masin memang biasa order kalau kuar makan bersama keluarga kat restoran. Sedap!
    logorithm recently posted..WW#112: Western Food

    October 17, 2013 at 12:05 am
  • RerameUngu says:

    Wuaahh…muleh terai nih…kalo tak terai kat ketam buleh terai kat udang n sotong jugakk kannnn.. weehuuuuu
    RerameUngu recently posted..Setelah Sekian Lama

    December 3, 2013 at 8:54 am

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge