[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

Salam Lebaran

 

 

Assalamualaikum…

Tak sempat pulak saya nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri untuk semua pembaca blog SiManis ni. Tahun ni pun tak sempat nak buat kad raya untuk tatapan semua pembaca. Sibuknya saya mengalahkan isteri Perdana Menteri kot…hihihi… Tapi, bak kata orang putih, BETTER LATE THAN NEVER, kan?

1120024_434184720031223_303911177_o

To all readers, saya dengan ini mengucapkan Salam Lebaran dan Maaf Zahir Batin.  Sayang semua banyak banyak!

~ SiManis ~

Contoh Menu Induction Diet Atkins

 

Assalamualaikum.

Hait… apa khabar eh??? Takdan nak menaip bercampur malas yarobbi menjadikan blog saya senyap… Kawan kawan mula bertanya, mana contoh resepi diet saya… hehehe… ada sini okkk… harap bertenang… nak kurus mesti banyak sabar… bila sabar + kurus = JELITA  tahu??? akakkakaka… ok, kat sini saya tepek beberapa keping menu yang biasa saya masak untuk berbuka puasa ketika saya laksanakan induction sepanjang Ramadhan ni… Nanti boleh tiru menu saya ya… Semoga semua mendapat manfaat…

58925_426356184147410_954731931_n

Ini sup telur sama lada hitam dan udang… lazat oihhh… hehehe

1003133_424164991033196_2013849012_n

Ini 4 biji telur rebus keras yang saya buang kuningnya (padahal kuning tu penuh khasiat utk diet atkins), campur dengan isi ayam panggang, salad dan cili padi pedas nak mati 3 urat…oh ya, itu ialah sandwich spread jenama Kewpie yang rendah carbs… ni pun lazattt… adehhh

996885_425908474192181_1238579569_n

Ini ialah sup telur gedik sama bokchoy dan udang… Saya nama kan dia telur gedik sebab dia adelah 3 suku masak… Nak dapatkan telur yang gedik senang je… Tumis bawang putih, masukkan kiub ikan bilis, air. Bila mendidih masukkan bokchoy, udang dan telur. Terus tutup api dan tutup periuk. Biar 5 minit dan angkat… Gerenti telur awak tu gedik okkk… akakaka…

998535_423727811076914_1437816573_n

Ini ialah eggrolls. Telur 2 biji saya dadar nipis dan tabur lada hitam. Kemudian, saya gulung dia berintikan chunky tuna. Salad dan mayo  heinz yang low carbs.

996885_426882690761426_728714060_n

Ini ialah bio protein (cosway) yang saya buat kulit tu. Bio protein 2 sudu dia tu, telur 1 biji dan air. Inti tu ialah tuna dan mayo heinz yang saya kawinkan sendiri…kekekekek… sayur jangan lupa… nnt semelit okkk…

1011522_424610304321998_463073633_n

Ok, yang ni meriah sikit. Mungkin sebab haritu saya lapar sangat hehehe… Ini ialah telur dadar 2 bijik yang saya campur hanya lada hitam. Dadar dan gulung pastu potong gitu. Sambal daging cincang 2 sudu dan salad dengan mayo… sedap okkk… ehehhehe…

1012301_412582145524814_2012146672_n

Ini ialah Pizza… Bukan Pizza Hut okkk… uhuk! Ini telur 4 bijik, campur sebuk lada hitam, sosej ayam Ramly sebatang, udang 4,5 ekor dan daun bawang/daun sup. Campursemua tu skaligus dan biar masak dalam pan. Nanti nak makan boleh cicah dengan mayo heinz… sedap okeh! ekekkekeke…

1070003_422627491186946_1902719613_n

Ini sahur saya haritu… Paling malas okkk… telur goreng dengan serbuk lada hitam dan sandwich spread Kewpie.

Banyak menu lain lagi kalau kita kreatif. Saya ni tak berapa nak rajin. Tu je yang dapat saya share. Bila kita diet, JANGAN TAK MAKAN LANGSUNG ya, kerana bila tak makan, badan kita tak larat nak membakar lemak lemak yang tersekat tu. Oh ya, bersenam pun jangan lupa ya. Air masak pun jangan lupa, setiap 25 kilogram = 1 liter…

Selamat Mencuba.

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...