[google710c1a7e96dfd887.html]

Blog SiManis

Walau Tak Cantik Tapi Manis

RESEPI KETAM TELUR MASIN

 

 

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha untuk semua kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana berada, balik kampung atau tak dapat cuti, didoakan segala nya diberkati Allah sepanjang masa hendaknya hehehe…

Haritu saya try resepi daripada blog Kak Ita Masam Manis.

993708_464305623685799_625435049_n

Ini la ketam yang dah arwah haritu… ekekkeke…

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk (saya tak bubuh)
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus (saya tak mayang. campak je selai selai idup idup gitu)

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Caranya :

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

Terima kasih Kak Ita Masam Manis.

Resepi ni boleh dimakan kunyah kunyah oleh pendiet pendiet Atkins ya. Low carbs. 0g carbs. Selamat mencuba dan Selamat kurus ya!

~SiManis~

SETELAH HILANG 20KG

 

 

Assalamualaikum…

Hai… Lama tak jumpa kan? Bukan apa pun, saya ada je sini. Tak ke mana pun. Cuma lepas raya rasa malas nak on lappy.  Online kat phone je. Lepas tu main game Candy Crush ngokngek tu sampai la lena sendiri hehehe…

Ok, harini sebenarnya saya nak share kan dengan semua readers. Tentang perkembangan terbaru saya… cewahhhh perasan artis pulak yer??? hehehehe… Bukan lahhh… selama saya diam, kawan kawan ada yang bertanya, saya ni masih diet atau dah mula lupa diri dan makan macam macam sebab dah kurus kan…hehehe… SAYA MASIH LAGI DIET… cuma saya dah ubah diet saya daripada Diet Atkins ke Intermittent Fasting. SEBAB APA saya ubah diet??? Sebab saya dah hilang 20KG dengan Diet Atkins, dan sekarang saya hanya perlu hilangkan lagi 8 KG untuk dapat perfect BMI…hehehe… Nanti kita cerita lain pasal Intermittent Fasting ya…

1277636_454132271369801_1698153748_o

Itu semua saya… sebelum saya memulakan Diet Atkins… 96.9KG… sobs! sobs!

1294305_454132151369813_151777192_o

Itu pun semua saya… SETELAH HILANG 20KG… hehehe… syukur alhamdulillah… Semua hasil harini adalah dengan izinNYA…

1276423_454136631369365_2112797857_o

Ini ialah transformation muka…hehehehe… nampak beza kan??? Dulu bulat je, sekarang ada lah sikit bujurnya… Nak kurus macam Erra Fazira ni…hehehehe…

Nasihat saya untuk kawan kawan yang ingin turunkan berat badan, kurangkan gula dan karbohidrat dalam makanan seharian kita tu… Juga, jangan lupa bersenam untuk lebih stamina… Tak guna jika kita berdiet tapi tak bersenam… Nanti mula la pelik kenapa berat tak turun turun…hehehe… Air masak jangan lupa minum… untuk setiap 25kg berat kita, sila minum 1Liter ya…

Love,

~SiManis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...